[VIDEO] ‘18 tahun menjaga kebun’, majikan sebak pekerja setia Bangladesh akhirnya pulang ke negara asal


  • Massa
  • Rabu, 30 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan sekitar suasana perpisahan antara majikan dan pekerja warga Bangladesh baru-baru ini.

HUBUNGAN baik antara seorang majikan dan pekerjanya yang merupakan warga Bangladesh baru-baru ini menyentuh hati netizen Malaysia.

Menerusi video dimuat naik di akaun TikTok @en.mustafakamal pada Selasa, mereka terpaksa berpisah dan kesemua pekerjanya pulang ke negara asal selepas 18 tahun berkhidmat. 

Lebih mengharukan apabila suasana hiba dan sebak dapat dilihat sepanjang perpisahan di lapangan terbang itu. 

BACA LAGI: Kurangkan subsidi telur mungkin strategi 'soft landing', mekanisme pasaran sihat

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden gangguan seksual penumpang e-hailing bawah umur di Kuching, menteri seru semua pihak contohi bapa gadis berani 'bersuara'

Dalam video sama, kelihatan juga mereka saling berpelukan dan berterima kasih antara satu sama lain. 

"Selama 18 tahun pekerja Bangladesh berkhidmat setia bersama menjaga kebun.

"Tanpa mereka, kebun takkan sampai ke tahap ini.

"Tiba masa berpisah, mereka terpaksa pulang ke tanah air. Terima kasih atas segala jasa, tak akan pernah lupa," tulisnya. 

Rata-rata warga maya turut memuji tindakan mereka yang sangat harmoni dalam menjalankan tugas.

"Mereka ini paling bagus terutama masa solat Jumaat. Penuhkan masjid, sanggup jalan kaki jauh-jauh nak ke masjid," komen Yusman Rami

"Mereka ini adab tinggi lagi tinggi, kalau kita marah pun senyum tunduk sahaja. Paling penting tak kedekut," tambah Erra Ninwi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram