[VIDEO] Misteri 2 negara Eropah bergelap dianggap fenomena 'luar biasa'


  • Benua
  • Selasa, 29 Apr 2025

Sebahagian besar wilayah di Sepanyol dan Portugal terpaksa bergelap pada Isnin susulan gangguan bekalan elektrik luar biasa yang melanda kedua-dua negara tersebut. — Agensi

INSIDEN gangguan bekalan elektrik dahsyat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara Eropah menyebabkan sebahagian besar wilayah di Sepanyol dan Portugal terjejas pada Isnin.

Kejadian luar biasa itu turut memberikan kesan terhadap ribuan penumpang kereta api dan menyebabkan jutaan orang tidak mendapat liputan telefon dan internet serta akses mesin ATM di seluruh Semenanjung Iberia.

Punca kepada gangguan mendadak terhadap grid bekalan kuasa itu juga masih belum dapat dipastikan pihak berkuasa.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez dalam ucapannya selepas hampir 11 jam selepas negara itu mengalami gangguan bekalan elektrik berkata, pakar masih cuba mengenal pasti kejadian yang berlaku.

"Kita tidak pernah mengalami masalah sistem (elektrik) sepenuhnya," kata Sánchez, sebelum memperincikan bahawa pada 12.33 tengah Isnin, grid kuasa Sepanyol kehilangan 15 gigawatt, bersamaan dengan 60 peratus daripada permintaan negara tersebut dalam masa lima saat.

Antara pengguna kereta api yang terkandas di Madrid pada Isnin. — Agensi

Ketua operasi pengedar kuasa Sepanyol, Red Eléctrica, Eduardo Prieto menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan amat tidak dijangka.

Selepas mesyuarat luar biasa Majlis Keselamatan Negara, Sánchez berkata, tentera akan mengagihkan penjana elektrik ke kawasan paling teruk dilanda pada Selasa.

Kabinet Portugal mengadakan mesyuarat tergempar di kediaman perdana menteri.

Kerajaan Portugal berkata, gangguan terbabit berkemungkina berpunca daripada masalah di luar negara, kata seorang pegawai kepada agensi berita nasional, Lusa.

Setakat 5 pagi Selasa, Sepanyol telah memulihkan lebih daripada 92 peratus bekalan kuasanya dan perdana menteri berjanji negara yang mempunyai populasi 48 juta penduduk itu akan kembali mendapat bekalan elektrik pada hari yang sama.

Insiden berkenaan merupakan gangguan elektrik serius kedua dialami Eropah dalam tempoh kurang enam minggu selepas satu kebakaran pada 20 Mac memaksa penutupan Lapangan Terbang Heathrow di UK.

Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Portugis dalam satu kenyataan berkata, tiada tanda-tanda bahawa gangguan yang berlaku itu disebabkan oleh serangan siber.

Hospital di kawasan terjejas menggunakan mesin penjana elektrik untuk kekal beroperasi. — Agensi

Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Teresa Ribera yang bertanggungjawab mempromosikan tenaga bersih, menyatakan perkara yang sama kepada wartawan di Brussels dan menyifatkan gangguan bekalan elektrik sebagai salah satu episod paling serius direkodkan di Eropah sejak kebelakangan ini.

"Kami sedang menganalisis semua punca yang berpotensi tanpa membuang sebarang hipotesis," kata Sánchez.

Insiden bekalan elektrik terputus itu memaksa penutupan pejabat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu kota Madrid dan Lisbon.

Perkhidmatan kereta api di kedua-dua negara dihentikan.

Perkhidmatan kecemasan dan pekerja kereta api di Sepanyol terpaksa membantu memindahkan kira-kira 35,000 orang dari lebih 100 kereta api yang berhenti di landasan apabila bekalan elektrik terputus.

Pada masa sama, hospital dan perkhidmatan kecemasan lain beralih kepada bekalan penjana elektrik kecemasa dan stesen minyak juga berhenti berfungsi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram