
BUKAN semua orang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kehidupan peribadi demi mengejar impian.
Namun bagi Christy Ng, pengasas bagi jenama fesyen beg tangan dan kasut, Christy Ng, yang kini semakin dikenali di negara-negara Asia Tenggara, bekerja 16 jam sehari bukanlah satu pilihan, malah satu keperluan.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagramnya pada Isnin, Christy berkongsi sisi sebenar perjalanan kerjayanya.
BACA LAGI: Kelazatan setiap gigitan kek gamit nostalgia, 5 bakeri milik usahawan wanita hebat wajib cuba!
BACA LAGI: [VIDEO] Travel solo ke Jepun, wanita terkejut temui lelaki sembunyi bawah katil di bilik hotel
"Tiada jalan pintas. Hanya darah, titik peluh dan air mata," katanya dalam video itu.
Baru-baru ini, Wanita berusia 36 tahun itu terbang ke Jakarta, Indonesia bagi meninjau cawangan terbaharunya yang telah dibuka bulan lalu.
Sepanjang lawatannya, beliau turut menghadiri sesi perkongsian bersama pelajar Universiti Indonesia serta mendapat liputan meluas daripada beberapa stesen televisyen tempatan.
Di sebalik pencapaian itu, Christy turut mengimbas kembali permulaan perniagaannya yang dianggap penuh cabaran termasuk bekerja tanpa henti selama 16 jam sehari, tujuh hari seminggu.
"Ramai orang tanya kenapa saya bekerja keras? Kena saya begitu ambil berat? Saya kerja keras kerana saya percaya apa yang saya bina ini mampu membawa kepada perubahan besar dalam industri, sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat," tegasnya.
Beliau juga mendedahkan bahawa beliau sebelum ini tidak tahu membina laman web. Namun dengan usaha sendiri, beliau belajar dari bawah dan membangunkan laman webnya.
"Kini, website kami mendapat lebih 8 juta pengunjung pada 2024. Jumlah ini meningkat daripada 6 juta pada tahun sebelumnya, melibatkan pengguna dari Malaysia, Indonesia dan Filipina," kongsinya.
Christy turut menekankan bahawa kejayaan tidak dicapai seorang diri.
“Setiap kejayaan hebat tak mungkin dibina oleh seorang sahaja. Ia memerlukan satu pasukan yang luar biasa,” ujarnya.
Pada akhir video itu, beliau memberi gambaran bahawa bakal membuka satu lagi cawangan di negara jiran berkenaan.
"Cuba komen di mana Christy harus buka toko selanjutnya," kata beliau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram