Tak lari, sebaliknya 2 beradik perempuan selamatkan pelancong ketika serangan pengganas di Pahalgam


  • Benua
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Rubenna (kiri) dan Mumtaza (kanan) yang menjadi penyelamat dalam serangan tersebut. — Agensi

DI tengah padang rumput yang tinggi sekitar kawasan Pahalgam, Kashmir, India, tersergam sebuah rumah usang yang menjadi simbol keberanian.

Dalam bayang ketakutan dan keganasan yang melanda, terdapat dua beradik perempuan memilih untuk terus mengorbankan nyawa demi keselamatan orang lain. 

Rubeena, 14, dan Mumtaza, 16, merupakan anak perempuan kepada seorang penduduk, Gujjar Bakerwal yang menjadi penyelamat ketika berlakunya serangan pengganas sehingga mengorbankan seramai 26 orang di Pahalgam pada Selasa lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Serangan di Kashmir: Tiada pelancong Malaysia cedera — Wisma Putra

BACA LAGI: Santuni mereka selagi daya, kisah guru bantu murid anak yatim jadi teladan

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam kejadian serangan itu.

Meskipun cedera dan patah kaki, Mumtaza tetap gigih menyelamatkan pelancong terjejas ke tempat selamat.

Selain membawa lari ke kawasan aman, mereka juga menawarkan tempat tinggal, menyediakan makanan di rumah sederhana miliknya.

"Pada masa itu, kami tidak memikirkan tentang diri kami sendiri.

"Kami hanya memikirkan tentang pelancong. Mereka tidak boleh berjalan, mereka ketakutan.

"Apa yang mereka minta hanyalah bantuan. Kami beri mereka air di rumah kami yang berlumpur ini.

"Kami kembali tiga kali. Setiap kali, kami melihat lebih ramai orang berlari, lebih ramai orang yang memerlukan," kata Rubeena yang juga dikenali sebagai 'gadis arnab Kashmir' kerana menawarkan perkhidmatan mengambil gambar bersama arnab peliharaannya kepada pelancong.

Rubeena yang bekerja sebagai pemandu dan pembantu di Taman Eko Baisaran, Pahalgam juga menemani pasangan dari Chennai beberapa saat sebelum serangan bermula.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sekurang 26 orang terbunuh dalam serangan bersenjata oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke arah pelancong.

Pihak berkuasa juga menyifatkan serangan itu sebagai antara kejadian paling teruk dalam sejarah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram