Santuni mereka selagi daya, kisah guru bantu murid anak yatim jadi teladan


  • Massa
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Seorang murid anak yatim yang dibantu gurunya baru-baru ini.

SIKAP seorang guru prihatin terhadap nasib muridnya yang juga merupakan anak yatim baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila kisah itu dikongsi sebagai satu contoh teladan dan nilai kemanusiaan.

Menerusi hantaran dikongsikan pemilik akaun Facebook Pe Cey, kisah itu bermula ketika sesi perhimpunan sekolah. 

Menurutnya yang juga seorang guru, muridnya itu disedari memakai seluar sekolah dalam keadaan tidak kemas dan berambut panjang. 

BACA LAGI: Lebih 1.4 juta penduduk Pulau Pinang kini alami masalah bekalan air

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak cari duit sambung belajar', anak Kelantan merantau ke Selangor kecewa tayar motor dicuri

Tanpa berlengah guru tersebut kemudiannya mengambil langkah untuk mendalami situasi muridnya itu.

"Aku panggil dia. Aku bawa ke tepi. Kami berbual. 'Abang, kamu tak ada seluar sekolah lain ke?.

"Katanya, 'tak ada cikgu. Seluar saya semua dah 'pendek'. Mengucap aku dalam hati. 

"Anak ini anak yatim yang biasa aku 'belanja' setiap Jumaat," tulisnya sambil menambah bahawa dia terus membawa kanak-kanak itu ke pasar raya untuk membeli seluar dan baju sekolah baharu. 

Tambahnya, murid tersebut turut dibawa ke kedai gunting rambut serta membelanjanya makan di restoran. 

"Dia terus pakai baju baru. Nampak segak dengan rambut yang dah kemas.

"Masa aku pesan makanan, aku tanya dia nak aiskrim atau tak, tetapi dia malu nak bagitahu.

"Tiba tiba datang seorang kakak yang duduk depan kami hulurkan duit pada anak ini. Rezeki sungguh.

"Kisah aku dengan anak yatim memang sinonim. Santuni mereka selagi daya," pesannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram