
TIADA pelancong atau rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam serangan di Pahalgam, Kashmir, India pada Selasa, kata Kementerian Luar.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau dengan teliti tentang keadaan susulan serangan di negara itu melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.
Menurutnya, berdasarkan laporan terkini pihak berkuasa, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.
BACA LAGI: Letih dengar masalah orang, belajar katakan tidak! 4 cara boleh dilakukan demi kesihatan mental
BACA LAGI: Bimbang dilanggar kereta punca pukul anak lari-lari depan dobi, wanita ditahan polis Kemaman
A Kashmiri Muslim man helped all those people who were injured in the attack and took them to the hospital.
While helping, he did not ask anyone's name and religion.
This is Kashmiriyat, this is Islam!#PahalgamTerrorAttack #Pahalgam #TerroristAttack #Kashmir #PahalgamAttack pic.twitter.com/jJRGXpDS7u
— Md. Arman (@MdArmanINC) April 22, 2025
"Suruhanjaya Tinggi sudah berhubung dengan ketua kumpulan agensi pelancongan Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi yang kini berada di Kashmir.
"Ketua kumpulan itu juga melaporkan bahawa mereka selamat," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa sekurang 26 orang terbunuh dalam serangan bersenjata oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke arah pelancong.
Pihak berkuasa juga menyifatkan serangan itu sebagai antara kejadian paling teruk dalam sejarah.
Kebanyakan mangsa juga dilaporkan adalah warga India dari pelbagai negeri walaupun pegawai masih belum mendedahkan identiti penuh mangsa.
Sementara itu, Kementerian Luar berkata, pihaknya akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan dengan teliti dan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan itu.
"Rakyat Malaysia di Kashmir dinasihatkan untuk terus berwaspada, mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga.
"Wisma Putra akan terus menyediakan maklumat terkini mengikut keperluan dan menasihatkan bahawa semua perjalanan yang tidak penting ke wilayah ini ditangguhkan," katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi, melalui talian di +91-11-2415 9300 atau +91-11-2415 9311 (Konsular) +91-11-2688 1538-2688 atau e-mel di m.kln.gov@hi.
Pahalgam merupakan destinasi pelancongan popular dan sering dikunjungi pelancong Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram