Tak pernah tinggal solat berjemaah, guru meninggal dunia saat keluar masjid di Parit Buntar


  • Massa
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Arwah Ustaz Zubir yang dilaporkan meninggal dunia selepas menunaikan solat Isyak di sebuah masjid di Parit Buntar, Perak pada Khamis. —  Facebook

SEORANG lelaki sempat menunaikan solat Isyak dan mendengar tazkirah sebelum dilaporkan meninggal dunia di Wakaf Masjid Kerian, Parit Buntar, Perak pada Khamis.

Menerusi perkongsian orang awam di Facebook, arwah yang dikenali sebagai Ustaz Zubir merupakan seorang guru di Sekolah Mutiara Impian dan menetap di Parit Buntar.

Kejadian juga berlaku ketika arwah menghadiri tazkirah dan sejurus dia melangkah keluar dari pintu utama masjid.

BACA LAGI:Kepala Batas curi tumpuan jadi lokasi latihan LIMA 2025, cuma sikap buang sampah merata bikin 'spoil'

BACA LAGI:Guru taska wanita ditampar perompak 2 kali depan murid di Sabak Bernam, berputih mata hilang rantai emas, telefon pintar

Arwah Ustaz Zubir dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di perkarangan masjid.— Facebook

Dia juga dikatakan meninggal dunia dalam keadaan masih berwuduk.

"Menurut rakan-rakan, beliau merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah," tulis Perak Press.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian serta doa daripada orang ramai.

"Kematian yang dicemburui. Al-fatihah untuk arwah salam takziah buat keluarga arwah," komen Lan Bro.

"Arwah sangat baik.sentiasa utamakan solat dan bab agama," kata Maizura Hassan.

Bagaimanapun, punca sebenar Ustaz Zubir meinggal dunia masih belum dapat dipastikan dan belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa setakat ini. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram