
LEBIH 1.4 juta penduduk Pulau Pinang berdepan dengan masalah gangguan bekalan air.
Saluran yang ditutup itu sekali gus menyebabkan penduduk tergesa-gesa menyimpan bekalan air di rumah termasuk premis sejak pukul 10 malam Jumaat.
Penduduk juga terpaksa menjalankan urusan harian tanpa air selama beberapa jam sebelum itu.
BACA LAGI: Harga emas akan terus naik tapi tetap pilihan utama pelaburan
Pada masa sama, pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berusaha mengalihkan saluran paip berdiameter 1.5 meter (m) yang membekalkan air terawat melepasi Sungai Perai.
Hal ini kerana, saluran paip bawah sungai pecah pada 2024 menyebabkan kebocoran air terawat sebanyak 30 meter dari tengah sungai berkenaan.
Susulan itu, kerja-kerja pembaikan awal memerlukan penutupan bekalan air berpanjangan.
Bagaimanapun, operasi menaik taraf kepada sambungan paip baharu di atas sungai tersebut akan memerlukan catuan air yang teruk bagi rakyat Pulau Pinang sementara kerja dijalankan.
Penduduk juga disarankan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini di laman Facebook PBAPP.
Sementara itu, sebuah syarikat tempatan sudah membangunkan aplikasi laman web beta untuk membantu penduduk Pulau Pinang mengenal pasti kawasan tanpa air, hingga ke kawasan tertentu.
Layari laman sesawan penangwatermonitor.sevena.com.my untuk maklumat lanjut. — The Star/ ARNOLD LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram