
SEORANG pegawai kanan tentera Rusia terbunuh dalam satu kejadian letupan bom yang diletakkan di sebuah kereta pada Jumaat.
Kes kematian tersebut merupakan serangan terbaharu yang menyasarkan beberapa pegawai berpangkat tinggi negara tersebut.
Mangsa, Yaroslav Moskalik yang merupakan Timbalan Ketua Operasi untuk Staf Am Tentera Rusia meninggal dunia apabila bahan letupan tersebut meletus berhampiran bangunan pangsapuri di bandar Balashikha, di luar ibu kota Moscow.
BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan detik letupan itu yang menyaksikan sebuah kenderaan yang diletakkan di lokasi meletus dan terbakar ketika Moskalik berjalan melewatinya.
Laporan menunjukkan bom itu diletakkan di dalam kereta dengan ia diletup menerusi alat kawalan jarak jauh.
Russian General, Yaroslav Moskalyk has sadly passed away after a car bomb went off near his home in Moscow.
I hope the world can see what truly Ukraine has become. The ISIS of Europe funded by your taxes.
Don't cry when we retaliate, for every one of us you will lose 100. pic.twitter.com/YpKYGJEsPK
— Spetsnaℤ 007(@Alex_Oloyede2) April 25, 2025
Moskalik yang tinggal di kawasan itu dilaporkan berjalan kaki ketika letupan berlaku yang menghanguskan kereta terbabit berlaku.
Ukraine sebelum ini mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan pegawai tentera Rusia di negara berkenaan.
Pada Disember lalu, Leftenan Jeneral Igor Kirillov, ketua senjata nuklear Kremlin, terbunuh dalam satu pengeboman kereta yang serupa.
Serangan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan negara blok Barat.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini mengecam pemimpin Rusia, Vladimir Putin kerana meneruskan serangan udara di Ukraine walaupun terdapat usaha antarabangsa untuk menjadi perantara mencapai keamanan.
Setakat ini, tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan Moskalik, namun spekulasi menunjukkan kemungkinan penglibatan Ukraine.
Pihak berkuasa Rusia sudah melancarkan siasatan terhadap serangan itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram