[VIDEO] Berdepan detik cemas dilanda gempa bumi, pelajar madrasah Turkiye pantas bersujud tanda berserah


  • Benua
  • Khamis, 24 Apr 2025

Tangkap layar menunjukkan detik-detik ketika sekumpulan penghuni di Turkiye berdepan gempa bumi yang melanda negara tersebut pada Rabu.

TURKIYE pada Rabu digegarkan dengan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 yang melanda negara tersebut dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul.

Gegaran pada pukul 12.49 tengah hari waktu tempatan itu turut dirasai dengan kuat di seluruh Istanbul dan wilayah berdekatan.

Satu lagi gegaran susulan bermagnitud 4.9 turut direkodkan pada 1.02 tengah hari, dengan pusatnya di luar pesisir Buyukcekmece di Laut Marmara.

BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online

BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis

Sementara itu, tular juga satu rakaman memaparkan detik mengharukan sekumpulan pelajar di sebuah madrasah di Istanbul ketika mengalami gempa tersebut.

Di dalam video yang tersebar di media sosial, beberapa orang individu termasuk pelajar dan guru dilihat sedang mengaji di sebuah ruangan madrasah.

Bagaiamanpun, apabila menyedari mengenai gempa yang berlaku, salah seorang daripadanya seakan-akan panik dilihat bangun dan terus bersujud.

Perkara itu kemudiannya diikuti oleh pelajar lain yang berada di ruangan tersebut.

Insiden berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan ramai memuji tahap keimanan iman pelajar tersebut yang tidak berfikir panjang dan terus berdoa dan berserah dalam situasi berkenaan.

Sementara itu, pejabat Gabenor Istanbul memaklumkan lebih 150 mangsa sedang dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan apabila cuba terjun dari bangunan ketika gempa berlaku.

Turkiye merupakan negara yang berisiko tinggi terkena gempa bumi kuat.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada 6 Februari 2023, dan gegaran kuat kedua beberapa jam kemudian, memusnahkan serta merosakkan ratusan ribu bangunan di 11 wilayah selatan dan tenggara negara tersebut selain menyebabkan lebih 53,000 orang terkorban. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram