[VIDEO] Tindakan pantas 'Spiderman Puchong' selamatkan budak hampir jatuh dari tingkat 4


  • Tular
  • Ahad, 13 Apr 2025

Tangkap layar seorang lelaki memanjat bangunan demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak di sebuah pangsapuri dekat Taman Putra Perdana pada Jumaat minggu lalu.

TINDAKAN pantas dan berani seorang lelaki memanjat sebuah bangunan berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri baru-baru ini. 

Difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Putra Perdana dekat Puchong, Selangor pada Jumaat minggu lalu.

Melalui perkongsian laman X (Twitter), Mynewshub, lelaki berkenaan merupakan jiran kanak-kanak tersebut. 

BACA LAGI: [VIDEO] Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan

BACA LAGI: [VIDEO] Polis JB reman pemandu mabuk rempuh maut 2 lelaki bantu mangsa kemalangan

 

 

Lelaki berkenaan yang tidak didedahkan namanya itu secara kebetulan melihat insiden tersebut dan terus bertindak pantas tanpa memikirkan keselamatan dirinya apabila melihat kanak-kanak tersebut sedang merangkak keluar dari tingkap rumah.

Dalam video yang dikongsikan, jelas kelihatan lelaki tersebut memanjat pagar besi di bahagian luar bangunan berkenaan. 

Dia kemudiannya dilihat mencapai serta memeluk kanak-kanak itu lalu menariknya masuk semula ke dalam rumah.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ke atas mangsa.

Tindakan pantas dan keberanian luar biasa lelaki terbabit menerima pujian ramai di media sosial, yang menyifatkannya sebagai wira sebenar kerana berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut daripada tragedi yang tidak diingini.

"Laju macam 'Spiderman' dia panjat nak selamatkan budak itu," kata Mhd_Khalid.

Insiden berkenaan turut menjadi peringatan penting kepada ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengutamakan aspek keselamatan anak-anak, khususnya mereka yang tinggal di kediaman bertingkat.

Orang ramai juga disarankan supaya mengambil langkah pencegahan seperti pemasangan jeriji keselamatan pada tingkap dan pintu balkoni bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram