
PERSELISIHAN faham mengenai tempat letak kereta antara dua warga emas di sebuah pasar raya di Masjid Tanah dekat Alor Gajah, Melaka berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 82 tahun cedera parah selepas terjatuh dalam satu insiden tolak-menolak.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun telah ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku beberapa hari lalu di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya, apabila kedua-dua lelaki terbabit bertengkar berhubung satu petak parkir.
BACA LAGI : [VIDEO] 'Tangkap reman, dakwa segera', aksi mat rempit halang laluan di LPT undang kemarahan
BACA LAGI : [VIDEO] Marahkan kereta menyelit masa 'traffic jam', JKR pula kena petik lebarkan jalan di Serendah
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah
"Dalam pergelutan tersebut, mangsa dipercayai telah ditolak oleh suspek sehingga terjatuh ke atas permukaan jalan dan mengalami kecederaan serius di belakang badan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang tindakan agresif yang boleh mengundang kecederaan dan tindakan undang-undang, terutamanya melibatkan perkara remeh yang boleh diselesaikan secara berhemah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram