
WAJAH anakanda kepada puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan suami, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang dikongsikan di media sosial mengundang perhatian khalayak.
Potret keluarga kerabat diraja Brunei tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram muash.portfolio pada Khamis lalu.
Anakanda perempuan yang diberi nama Pengiran Anak Daniya Rahmatul Bolkiah itu dilahirkan pada 2 Oktober 2024 di Portland Hospital, London, United Kingdom, pada pukul 9.55 pagi (waktu tempatan).
BACA LAGI: Anisha Rosnah jadi pilihan hati Putera Mateen
Pengiran Anak Daniya Rahmatul Bolkiah dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu. — Jabatan Perdana Menteri Brunei
Pengiran Anak Daniya Rahmatul Bolkiah merupakan cucunda kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Kelahiran cucunda Sultan Brunei itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh keluarga diraja serta rakyat Brunei yang turut menzahirkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata pasangan diraja tersebut.
Sebelum ini, istiadat Perkahwinan Diraja Brunei antara Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berlangsung dengan penuh gilang-gemilang selama 10 hari bermula 16 Januari 2022.
Untuk rekod, Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dilahirkan di Iraq dan merupakan individu berketurunan Kanada-Iraq.
Beliau merupakan anak kepada Dr. Nabil Mahmoud Al-Hashimi, seorang bekas profesor di Kolej Kejuruteraan, Universiti Mosul. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram