Soalan 'bila nak kahwin', sekadar gurauan atau tekanan? Ini reaksi spontan orang ramai


  • Relaks
  • Khamis, 03 Apr 2025

SETIAP individu mempunyai hak untuk menentukan perjalanan hidup mereka tanpa tekanan daripada orang sekeliling. — Gambar hiasan/Freepik

SETIAP kali musim perayaan, satu soalan yang sering menjadi topik perbualan ialah "Bila nak kahwin?" terutama bagi mereka yang masih bujang, soalan ini kerap diajukan oleh saudara-mara ketika pulang ke kampung halaman.

Bagi sesetengah individu, ia sekadar satu pertanyaan biasa, tetapi bagi yang lain, soalan ini boleh menjadi sesuatu yang kurang selesa.

Pelbagai reaksi diberikan terhadap soalan ini, dari jawapan bersahaja hingga kepada sindiran jenaka.

BACA LAGI: Rakan guru pencetus Ahmad Sabree mulakan bisnes gubah bunga, imbau detik pendapatan pernah cecah RM45,000 sebulan

BACA LAGI: Gerai masakan Pantai Timur 'bungkus', wanita asal Kota Bahru buka agensi pelancongan teroka destinasi unik Eropah antaranya buru cahaya aurora

Guy pressing hands to head and clenching teeth being anxious and concerned having troubles forgetting to make important task in time, standing perplexed and upset with nervousness over white wall. Emotions concept

Soalan berkaitan jodoh munkin menjadi tekanan buat segelintir individu yang belum berkahwin. — Gambar hiasan/Freepik

Bagi Nabil Aiman, beliau memilih untuk menjawab dengan cara yang lebih mencuit hati.

"Mak cik ada anak ke?" katanya sambal tertawa kepada Majoriti.

Reaksi tersebut bukan sahaja membuat suasana lebih ringan tetapi juga mengalihkan perbualan kepada topik lain.

Siti Hajar pula mengambil pendekatan yang lebih tenang dan bersahaja.

"Saya kahwin apabila jodoh sampai, insya-ALLAH. Jawab macam tu, ringkas sahaja sebab tak tahu perancangan Tuhan macam mana," katanya.

Senada dengan Hajar, Siti Nuraliya berpendapat soalan berkenaan tidak menjadi masalah besar buat dirinya.

"Macam saya, saya okey. Saya akan cakap apabila sampai masanyalah. Tahun depan."

Pendekatan yang tenang seperti ini membolehkan perbualan berterusan tanpa memberi kesan negatif kepada diri sendiri.

Sementara itu, Rahmi bekongsi jawapan yang sering digunakan setiap kali soalan tersebut ditanya. Beliau memilih untuk menjawab dalam nada guarauan.

"Kalau orang tanya saya, saya akan cakap, insya-ALLAH, Sabtu atau Ahad tetapi tarikh sebenar tidak pastilah," ujarnya yang memberi gambaran bahawa beliau tidak mahu terburu-buru dalam hal perkahwinan.

Bagi Muhammad Zikry, pertanyaan seperti ini tidaklah terlalu membosankan kerana ia memberi ruang untuk berbual dengan orang lebih tua.

"Tak bosan sangat kot sebab sekurang-kurangnya adalah benda untuk disembangkan. Tetapi terluka di dalam siapa yang tahu," katanya yang juga dalam nada gurauan.

Farah Ayuni juga sependapat dengan Zikry yang menganggap soalan itu diajukan bukan dengan niat menyakitkan hati tetapi sekadar untuk membuka topik perbualan.

"Kadang-kala, orang tanya sebab mereka mahu membuka topik perbualan sahaja," katanya.

happiness asian family candid of daughter hug grandparent mother farther senior elder cozy relax on sofa couch surprise visiting in living room at home,together hug cheerful asian family at home

Sesetengah orang menganggap, soalan yang ditanya sekadar untuk berbual. — Gambar hiasan/Freepik

Namun, bagi sesetengah individu, ia mungkin boleh menimbulkan rasa kurang selesa, terutamanya jika mereka sering ditanya soalan sama setiap kali beraya.

Hamizah pula mengambil pendekatan lebih spontan dengan mencadangkan supaya saudara-mara yang bertanya mencarikan calon untuknya.

"Tunggu calon dari pak cik dan mak cik lah." ujarnya berseloroh.

Izwan pula berkongsi pengalaman uniknya.

"Apabila mak cik-mak cik berjumpa dengan saya, mereka akan cuba untuk kenenkan saya dengan anak dara mereka. Jadi, jawapan saya ialah, calonkanlah, belum tentu saya nak," jelasnya.

Situasi tersebut menunjukkan meskipun pertanyaan itu kadang-kala berbentuk gurauan, namun ada juga yang benar-benar mahu mencarikan jodoh.

Manakala Iftitah, memberi jawapan yang cukup kreatif dalam nada bersahaja.

"Mak cik, saya sudah tempah, tetapi belum sampai lagi. Macam mana?," soalnya sambil ketawa kecil.

Melalui jawapan sedemikian, ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan daripada terus membincangkan hal jodoh.

Soalan berkaitan jodoh sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada budaya setiap kali musim perayaan, lebih-lebih lagi jika berkumpul dengan keluarga besar di kampung.

Walaupun ada yang kurang selesa, jawapan kreatif dan santau membanti mengubah suasana menjadi lebih mesra.

Yang penting, setiap individu mempunyai hak untuk menentukan perjalanan hidup mereka tanpa tekanan daripada orang sekeliling. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram