Kereta terlanggar pokok, 2 pelajar pondok maut di Jengka


  • 112
  • Ahad, 23 Mac 2025

Perodua Myvi yang merempuh pokok mengakibatkan dua pelajar pondok meninggal dunia.

DUA pelajar Pondok Haji Bakri di Chenor, Pahang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka bersama-sama guru mereka merempuh sebatang pokok di di Jalan FELDA Jengka 23, Jengka, Pahang pada Ahad.

Mangsa, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Abd Aziz Othman, 73, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.

Ketua Polis Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian yang berlaku pada 1.20 tengah itu semasa kedua-dua mangsa bersama-sama guru mereka dalam perjalanan pulang daripada pusat pengajian ke FELDA Jengka 21.

BACA LAGI: 'Torpedo' terdampar di Pantai Seberang Takir bukan letupan, rupanya alat marin RM1 juta

BACA LAGI: [VIDEO] Persis KL Menjerit, suspek dikejar polis di Jalan Kuching rupanya pencuri kabel

Kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka itu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok.

Guru kepada kedua-dua mangsa merupakan pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan di dada dan sedang dirawat di Hospital Jengka.

"Siasatan awal menunjukkan kemalangan disebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Kim Wai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram