[VIDEO] Terbakar lepas pendaratan cemas, penumpang American Airlines terpaksa berbaris meniti sayap pesawat


  • Benua
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Tangkap layar penumpang American Airlines berbaris keluar melalui sayap pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, AS.

PENUMPANG American Airlines berdepan detik cemas apabila pesawat itu dilaporkan terbakar sebaik melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Diselubungi asap tebal, seramai 172 penumpang dan enam anak kapal terpaksa memanjat naik sayap pesawat berkenaan ekoran pintu kecemasan rentung dijilat api.

Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat Boeing 737-800 tersebut sedang dalam perjalanan ke Dallas-Fort Worth, AS namun terpaksa dilencongkan ke Denver selepas mengalami masalah enjin.

BACA LAGI: 'Kami suka kalian bahagia, cuma kita kena utamakan perintah agama'

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan klik mesej jemputan berbuka puasa, scammer guna taktik baharu pancing mangsa di bulan Ramadan

"Enjin pesawat terbakar selepas mendarat dan seramai 12 penumpang telah dihantar ke hospital akibat kecederaan ringan.

"FAA, syarikat penerbangan dan pihak lapangan terbang masih giat menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

 

 

Sementara itu, juruterbang pesawat terbabit menjelaskan kejadian berpunca akibat kerosakan enjin, bukan isu kecemasan.

"Pesawat hanya mengalami getaran enjin yang tinggi jadi kami terbang dalam kelajuan perlahan berbanding biasa.

"Namun, selepas melakukan pendaratan seorang penumpang menjerit meminta pertolongan akibat kebakaran yang berlaku," katanya.

Pihak American Airlines dalam masa sama turut mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan terhadap anggota kru pesawat atas tindakan pantas menyelamatkan kesemua penumpang ketika kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram