'Kami suka kalian bahagia, cuma kita kena utamakan perintah agama'


  • Hiburan
  • Selasa, 11 Mac 2025

BASS (kiri) dan AOFA (kanan) dinasihatkan agar tidak menunjukkan kemesraan berlebihan di media sosial.

KEMESRAAN selebriti terkenal iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq serta Amira Othman dan Fattah Amin sehingga kini menjadi bualan orang ramai. 

Majoriti rata-rata warga maya juga sering memuji keakraban mereka yang dilihat seperti pasangan hangat bercinta. 

Sama cantik sama padan, keserasian mereka meraih perhatian sehingga diberi nama singkatan iaitu BASS dan AOFA. 

BACA LAGI: [VIDEO] Gelagat anak Bella lawat Parlimen bersama Syed Saddiq curi perhatian, Ayden suara hasrat ingin bantu rakyat Gaza

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas setahun, Amira Othman ‘update’ ciri calon suami, sah Fattah Amin tiada dalam senarai

Meskipun ramai yang memuji, namun ada juga segelintirnya melihat ia sebagai trend kurang sesuai untuk ditiru masyarakat. 

Mengulas lanjut, bekas guru yang lantang menyuarakan pendapat di media sosial, Mohd Fadli Mohamed Salleh berpandangan bahawa perkara tersebut tidak boleh dinormalisasikan khususnya buat umat Islam. 

Menurutnya, masyarakat Muslim perlu sedar bahawa mempamerkan dan menyokong sesuatu hubungan belum sah secara berlebih-lebih tidak sejajar dengan tuntutan agama. 

"Dalam seronok melihat mereka berbahagia, kadang kita terlupa yang kita Muslim. Ada agama, ada panduan hidup mengikut syariat Islam.

"Menormalisasikan hubungan belum sah nikah dengan video mesra, berdua dalam kereta, berpegang tangan dan seumpamanya ada sesuatu benda yang dilarang dalam agama.

"Dalam kata lain, itu adalah maksiat," katanya selepas membaca penulisan pakar agama, Dr Ahmad Sanusi bertajuk, Jangan Normalisasikan Maksiat. 

Katanya, status mereka sebagai ikon juga mampu mempengaruh golongan remaja atau anak muda sekarang. 

Mohd Fadli pada masa sama berharap agar BASS dan AOFA menerima teguran yang disampaikan oleh Sanusi serta pihak lain dengan berlapang dada.

"Selagi belum Halal, cuba jaga jarak, jaga kemesraan, elakkan berpegangan tangan juga.

"Kami suka melihat kalian bahagia. Cuma tetaplah utamakan perintah agama. Moga bersatu cepat ya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram