[VIDEO] Guru dipecat akibat lempang budak buli anak dalam masjid di England


  • Benua
  • Selasa, 11 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan situasi tegang yang berlaku antara mereka dalam sebuah surau di England baru-baru ini.

GARA-GARA tidak dapat mengawal kemarahan, seorang lelaki dikenakan tindakan tegas selepas videonya menampar wajah kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di England, United Kingdom bbaru-baru ini tular di media sosial.

Dalam video itu, lelaki yang dikatakan seorang guru di Sekolah Menengah Upper Batley, West Yorkshire, England dilihat sedang marah sebelum menampar kanak-kanak terbabit.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas seorang daripada kanak-kanak yang didakwa anak lelaki guru tersebut dibuli oleh rakannya.

BACA LAGI: 'Kami suka kalian bahagia, cuma kita kena utamakan perintah agama'

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan klik mesej jemputan berbuka puasa, scammer guna taktik baharu pancing mangsa di bulan Ramadan

 

 

 

 

Ia sekali gus menyebabkan guru terbabit berang dan terus menyerang serta mengugut kanak-kanak itu.

Susulan itu, Polis West Yorkshire mengesahkan bahawa guru tersebut sudah diberhentikan oleh pihak sekolah.

"Polis mengesan video yang tersebar di media sosial dan sudah menjalankan siasatan untuk menentukan apa yang berlaku.

"Hasil siasatan, seorang lelaki dikenal pasti dan ditemu bual oleh pegawai selepas hadir di balai polis.

"Pegawai kami sedang berhubung dengan pihak lain dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, pihak sekolah memaklumkan bahawa sudah menamatkan perkhidmatan guru terbabit serta-merta selepas kejadian.

"Tindakan seperti ini bertentangan dengan semua yang kami perjuangkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Kesihatan, keselamatan dan pendidikan berkualiti tinggi anak muda kami adalah keutamaan," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram