Permata Pahang mahu ikut jejak Azurin, tunggu khabar dari Indonesia, Thailand dan Singapura 


  • Podium
  • Isnin, 10 Mac 2025

Nurdiana sedang melakukan persiapan bersama SSMP untuk FAS WSL 2025 yang berlangsung selepas perayaan Aidilfitri. 

FOTO Nurdiana Syafiqah pernah tular pada awal tahun ini apabila gambarnya pada sesi latihan bersama budak lelaki di Rhino Football Academy iaitu sebuah akademi yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, dikongsikan secara meluas di media sosial.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh Rhino Football Academy pada 28 Januari lepas, menyaksikan penjaga gol muda itu cemerlang menjalankan tugasnya walaupun beraksi bersama pasukan lelaki.

Hantaran itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai profil dan perkembangan permata bola sepak Pahang tersebut lagi-lagi selepas dia membantu Pasukan Bola Sepak Wanita Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) memenangi pingat gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. 

BACA LAGI: Kontrak Megat Amir hampir tamat bersama NSFC, jangan tunggu lama-lama Penang nanti dikebas TBG

BACA LAGI: Gagal raih 3 mata di Manjung, hasrat Yusri Che Lah baiki kedudukan liga TBG terbantut

Bercakap kepada Majoriti mengenai perkembangan mengenai pemain muda itu, ibu kepada Nurdiana, Norrulhuda Md Daud, 41, memaklumkan bahawa anaknya sedang melakukan persiapan bersama SSMP untuk Liga Super Wanita (WSL) anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang berlangsung selepas perayaan Aidilfitri. 

Nurdiana berkata, FAS WSL 2025 merupakan tahun ketiga penyertaan remaja berusia 17 tahun itu apabila kali permata Norrulhuda menyertainya bersama SSS Leopard dan menyarung jersi SSMP pada 2024. 

Selain itu, pelajar SMMP berkenaan juga beraksi untuk cabaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 dan khidmatnya pernah digunakan ketika menentang Kelana United dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Melaka.

Momen menggembirakan Nurdiana dalan dua kejohanan itu apabila dia berpeluang beraksi menentang beberapa pemain kebangsaan seperti Steffi Sarge Kaur, Intan Sarah Anisah binti Zulgafli atau mesra dengan sapaan Intan Serah. 

Antara momen Nurdiana beraksi menentang Steffi.

"Dia (Nurdiana) gembira dan bangga apabila dapat save percubaan dari Steffi dan Intan. Dia akan selalu tanya kami kalau ada tengok permainannya secara live, kerana dia tidak bagi saya dan suami tengok secara langsung. 

"Dia ini jenis bagi kami tengok dekat live dahulu dan lepas itu, dia akan tanya macam mana permainan dia. Tapi dia memang teruja dapat beraksi dengan nama-nama besar sedangkan dia waktu itu baru berumur 16 tahun.

"Yang paling seronok apabila dia pernah main menentang idola dia iaitu Azurin (Nurul Azurin Mazlan). Impian dia nak ikut jejak Azurin. Dia cakap kalau kakak Azurin boleh berjaya di luar, kenapa tidak dia. 

"Papa dia pun cakap bahawa setiap kali pergi pemilihan, jangan simpan bakat. Jangan malu-malu dan jangan pernah segan dengan apa yang dia ada. Kena percaya diri sendiri," kongsinya ibunya yang memberi sokongan terhadap impian Nurdiana. 

Bekas penjaga gol Sabah, Nurul Azurin yang menjadi idola Nurdiana kini beraksi di Eropah apabila bersama kelab Albania, KFF Vllaznia.

 Azurin membuktikan keunggulannya sebagai penjaga gol yang berwibawa Malaysia.

Untuk rekod, KFF Vllaznia merupakan kelab keempat dalam karier profesionalnya selepas beraksi bersama Misaka United (India), NK Osijek (Croatia) dan KFF Presingu (Kosovo), sekali gus menunjukkan perjalanan kariernya yang semakin berkembang dan cemerlang. 

Kesungguhan Azurin mencari pengalaman di kelab luar negara itu mendorong anak ketiga dari lima beradik itu untuk membuat perkara sama dengan ibunya memberitahu bahawa mereka sudah menghantar video latihan kepada beberapa ejen luar negara. 

"Sekarang ini saya dengan papa dia tengah mencuba menghantar video permainan dia kepada beberapa ejen. Setakat ini sudah dihantar kepada Indonesia, Singapura dan Thailand. InshaaALLAH kalau ada peluang ada rezeki," ujarnya. 

Diharapkan, Nurdiana yang sudah serius dengan bola sepak sejak berusia tujuh tahun itu mampu menjadi antara produk bola sepak wanita kebanggaan Pahang dan pastinya untuk pasukan kebangaan Malaysia. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram