
DETIK-DETIK manis pertemuan antara bapa dan anak yang terpisah sekian lama tidak bertahan lama apabila kematian menjadi pemisah antara kedua-dua mereka.
Warga Palestin, Ibrahim Sabbah meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada Jumaat beberapa jam selepas disatukan semula dengan anaknya iaitu Ayham yang baru dibebaskan dari penjara Israel.
Ayham dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.
BACA LAGI: [VIDEO] Demi sara keluarga, pemuda 'tebal muka' dihina jual makanan siang hari di bulan Ramadan
BACA LAGI: [VIDEO] Parlimen Serbia kecoh, pembangkang lempar bom asap, gas pemedih mata ketika sesi persidangan
Detik pertemuan semula Ayham dengan keluarganya di Mesir.
Pemuda berusia 24 tahun itu disatukan semula dengan keluarganya selepas sembilan tahun terpisah. Mereka bertemu semula di sebuah lorong hotel di Kaherah.
Namun begitu, pertemuan penuh bermakna itu tidak kekal lama apabila keluarga itu mengumumkan pemergian Ibrahim akibat masalah kesihatan.
Perpisahan antara Ayham dengan keluarganya adalah pada 2014 selepas dia ditembak oleh askar Israel sebelum ditahan dan dipenjarakan.
Dia sepatutnya dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun namun dibebaskan menerusi perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.
Ayham merupakan sebahagian daripada 1,777 yang dibebaskan Israel. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram