
BULAN Ramadan merupakan detik seluruh umat Islam berkejar-kejar mengerjakan amal ibadah khususnya di malam hari selepas waktu berbuka.
Istimewanya bulan suci itu, ganjaran pahala ditawarkan berlipat kali ganda buat seluruh umat yang menjalankan ibadah tersebut.
Namun bagi golongan kurang berkemampuan, segelintir daripadanya menganggap tempoh sebulan Ramadan sebagai detik pembawa rezeki khususnya mereka yang bergelar peniaga.
BACA LAGI: ALLAH mahu kita sentiasa ingat-NYA waktu susah atau senang — Isteri Nabil Ahmad
BACA LAGI: [VIDEO] Puting beliung landa Sekinchan, puluhan kediaman rosak teruk
Perkara itu boleh digambarkan menerusi situasi seorang individu lelaki ini yang cekal berniaga di siang hari dalam masa sama patuh menunaikan rukun Islam keempat tersebut.
Menjalankan perniagaan makanan ringan bersebelahan jalan raya dekat Indonesia, pemuda tersebut walau bagaimanapun dicemuh dan dikritik seorang lelaki yang tampil membidas aktiviti jualannya.
Dasar manusia kafir, tau ga orang Islam baru puasa. Ga sopan. Hormati kami yang puasa !! pic.twitter.com/B8vOByHY61
— Tita (@Tita83079013) March 5, 2025
Tidak cukup dengan cacian dilemparkan, pemuda terbabit turut dihalau dari meneruskan perniagaan di lokasi tersebut.
Hangat diperkatakan di laman sosial, perkongsian video tersebut dibanjiri ratusan komen warga maya yang rata-ratanya tampil memberi sokongan terhadap peniaga berkenaan.
Menyifatkan ia sebagai salah satu punca rezeki di bulan Ramadan, tindakan lelaki tersebut berniaga di siang hari masih dibenarkan selagi tidak terbatal puasa.
"Abang tu berniaga sebab nak cari nafkah, Indonesia bukan semua beragama Islam pasti ada yang beli dan makan di siang hari, hasad dengki tu sebaiknya dijaga di bulan suci ini," kata jieshazy4038.
"Manusia di bumi ni bukan kau seorang je yang duduk, dia cuma bekerja cari rezeki bulan Ramadan, kalau puasa jangan beli tiada salah apa pun," ujar wttps_png.
"Apa salahnya, dia perlu cari nafkah untuk isteri dan anak, kita yang puasa tak wajib untuk membeli tapi dia sebagai suami wajib bagi makan keluarga, biarkan dia berniaga," jelas Andre Damanik.
"Namanya peniaga, dia jual sebab mahu cari rezeki jadi biarkan saja, yang marah maki hamun itu tak puasa ke," tambah Andi Pajak13.
Dalam pada itu, peniaga terbabit difahamkan terus membuka premis niaganya usai mendapat sokongan ramai masyarakat setempat.
Pun begitu, hantaran video tersebut kekal dimuat naik di laman X dan tidak dipadamkan selepas menerima kecaman ramai sejak Rabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram