Bapa maut, anak terselamat dihempap pokok tumbang di Klang


  • 112
  • Isnin, 24 Feb 2025

Anggota bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa pokok tumbang di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda, Klang pada Isnin. — Gambar/Bomba

SORANG lelaki maut manakala anak perempuannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda dekat Klang, Selangor pada Isnin. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Azhehari Ansar, 46, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, anak mangsa yang berusia 13 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

BACA LAGI : [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye

BACA LAGI : Remaja 19 tahun disyaki cabul budak perempuan ketika solat subuh di masjid Batang Kali ditahan polis

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.31 petang sebelum tiba enam minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terperangkap di tempat duduk pemandu. 

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan pada pukul 7.12 malam dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang dikerahkan ke lokasi kejadian,"  katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram