
MALANG tidak berbau apabila seorang lelaki dilaporkan hanyut ketika memancing di sebatang sungai di Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, pemancing tersebut pada awalnya sempat menangkap seekor ikan.
Namun, tidak sampai beberapa saat, sebuah pokok secara tiba-tiba tumbang dan terjatuh di hadapan bot mangsa.
BACA LAGI: Katanya berang kena tuntut cerai, lelaki tergamak ugut isteri, cekik anak di Tawau
BACA LAGI: [VIDEO] Rider maut, potong 'double line' sebelum bertembung kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra
TRIGGER WARNING
Kejadian di Indonesia pic.twitter.com/Lny4Zme9xL
— @ (@anthraxxx781) February 22, 2025
Kejadian mengejut itu sekali gus menyebabkan bot mangsa hilang kawalan dan terbabas merempuh pohon besar tersebut.
Mangsa pada masa sama turut dilihat gagal mengawal imbangan badan dan terjatuh ke dalam sungai.
Mangsa juga dilihat cuba menyelamatkan diri dengan berpaut di dahan besar namun percubaan itu gagal.
Beberapa percubaan untuk naik ke atas bot juga dilakukan, tetapi mangsa semakin hanyut di bawa arus sebelum hilang daripada pandangan.
Keadaan mangsa bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram