[VIDEO] Pentingnya simpan pemadam api mini, insiden 2 beradik nyaris rentung di China wajar jadi teladan


  • Benua
  • Rabu, 19 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak berusaha memadam api di bilik tidurnya.

SETIAP individu memerlukan keberanian terutama apabila berdepan dengan detik cemas seperti kebakaran.

Sama seperti insiden kebakaran yang berlaku pada seorang kanak-kanak dan bayi di sebuah rumah dipercayai di China pada 2024.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular kembali di media sosial, kanak-kanak lelaki itu sedang menjaga seorang bayi dipercayai adiknya di dalam bilik.

BACA LAGI: 'Suara seperti mahu lepaskan diri dari seseorang', pengasuh Zayn Rayyan cerita semula situasi ketika operasi pencarian

BACA LAGI: [VIDEO] Terima beratus aduan penduduk, ADUN dan bekas wakil rakyat bersuara isu projek naik taraf jalan di Puncak Alam

Dalam pada mereka berdua sedang bermain di atas katil, fius yang berada berhampiran mula terbakar.

Percikan api itu bagaimanapun merebak selepas terkena helaian kain yang tersangkut pada almari pakaian.

Bertindak pantas sejurus melihat kejadian itu, kanak-kanak tersebut terus berlari keluar dan kembali dengan membawa alat pemadam api kecil.

Dia terus menyemburkan tepat di kawasan kebakaran sehingga api terpadam.

Selepas api berjaya dipadamkan, dia bertindak mencabut fius terbabit daripada soket bagi menghalang ia daripada terbakar semula.

Tindakan pantas itu sekali gus menyelamatkan nyawa dua beradik itu tanpa pertolongan orang dewasa mahu pun ibu bapanya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila kanak-kanak terbabit dilihat begitu tenang ketika berdepan dengan situasi cemas itu.

Bukan itu sahaja, ia jelas menunjukkan betapa pentingnya menyimpan alat keselamatan seperti pemadam api di setiap rumah sekiranya berlaku kecemasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram