[VIDEO] Sibuk 'bergayut' telefon waktu kerja, pekerja kilang 'bergulung' ditelan mesin proses plastik


  • Benua
  • Rabu, 19 Feb 2025

Pekerja kilang nyaris maut selepas ditelan mesin pemotong plastik di kilang pemprosesan plastik yang terletak di Bhathena, India.

SATU kejadian tragis berlaku apabila seorang pemuda nyaris maut selepas terperangkap dalam mesin pemotong plastik di kilang pemprosesan plastik yang terletak di Bhathena, India.

Insiden yang berlaku sekitar tahun 2021 itu kembali tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dimuat naik pada Rabu sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Rakaman CCTV menunjukkan pemuda tersebut sedang berbual di telefon bimbitnya ketika mesin pemotong plastik jeniscutter’ itu dihidupkan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Naluri ibu tak pernah salah, terkenang saat sempat patah balik 'sambar' anak elak dihempap bumbung ranap di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

Malangnya, dalam sekelip mata, tangan lelaki itu tersangkut pada mesin yang sedang beroperasi sebelum seluruh badannya ditarik masuk ke dalam alat berkenaan.

Rakan sekerja yang menyedari insiden itu bertindak pantas menghentikan mesin dan memberikan bantuan kecemasan.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital, namun bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dibenarkan keluar tidak lama selepas itu.

Tragedi itu menjadi peringatan penting kepada semua pekerja supaya lebih berhati-hati dan sentiasa fokus semasa bekerja terutama ketika mengendalikan peralatan berat.  — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram