
TINDAKAN seorang ibu yang leka memasak di dapur hingga tidak sedar keberadaan anak-anaknya nyaris memakan diri apabila dilaporkan, anaknya hampir maut selepas lehernya terjerut pada tali.
Kejadian yang berlaku di wilayah Hainan, China itu tercetus ketika kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berkenaan sedang bermain berseorangan tanpa diawasi sesiapa di halaman rumahnya.
Biarpun peristiwa itu berlaku pada Januari 2021, insiden berkenaan kekal menjadi ingatan buat ibu bapa tentang bahaya membiarkan anak-anak bermain sendirian tanpa sebarang pengawasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas 'ditelan' bumi, penutup lubang saliran kedai tiba-tiba pecah di Seremban
— Peoples Dead Hub (@peopledeadhub) February 12, 2025
Mengimbau kembali situasi cemas itu, kanak-kanak terbabit dipercayai cuba memanjat sebuah tong dan berpaut pada ikatan tali yang tergantung di pagar kediamannya.
Malang tidak berbau, kanak-kanak itu tanpa sengaja terjatuh dan lehernya terjerut pada tali tersebut yang menyaksikan dia terkapai-kapai ketika kejadian.
Lebih seminit tergantung pada pagar tersebut, situasi itu disedari kakaknya yang terus tampil membantu menyelamatkan adik lelakinya.
Mangsa terus dikejarkan ke hospital selepas difahamkan mengalami sesak nafas kritikal akibat peristiwa malang tersebut.
Bagaimanapun, budak lelaki itu dilaporkan selamat selepas diberikan rawatan dan disahkan tidak berdepan sebarang kecederaan serius.
Susulan kejadian itu, ibu bapa di luar sana dinasihatkan sentiasa mengawasi dan memantau pergerakan anak-anak ketika bermain bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram