[VIDEO] CEO GISB, anak 'Abuya' antara tak mengaku ahli kumpulan jenayah terancang


Antara 22 ahli GISB yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu.

KETUA Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 lagi anggota GISB mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang, Selangor antara Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Turut membuat pengakuan sama anak pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari.

Kesemua mereka dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara antara lima dan 20 tahun jika sabit kesalahan.

Nasiruddin, 66, dan Azura, 58, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

Seramai 11 lagi pemimpin tertinggi GISB yang didakwa ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, dan Mohamad Sayuti Omar, 36.

Turut mengaku tidak bersalah Mohd. Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Sementara itu, Hamimah yang merupakan seorang akauntan di GISB telah diikat jamin pada 13 Januari lalu selepas Mahkamah Tinggi mengambil kira umur dan keadaan kesihatannya sebagai alasan untuk membenarkannya.

Peguam tertuduh memohon jaminan untuk baki anggota diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Latifah Mohd Tahar mengemukakan permohonan itu pada 17 Mac depan.

Jelasnya, permohonan ikat jamin 17 daripada tertuduh telah dikemukakan manakala empat lagi akan dibuat minggu ini.

Kira-kira 40 ahli keluarga dan penyokong tertuduh turut hadir memberika sokongan di mahkamah kira-kira pukul 11.30 pagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram