
SATU insiden mengejutkan berlaku di Layton, Amerika Syarikat, apabila sebuah tren FrontRunner merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di atas landasan kereta api.
Kejadian yang dirakam dan tersebar di media sosial itu menunjukkan detik cemas ketika seorang pemandu SUV nyaris maut dilanggar tren berkenaan.
Pada awalnya, tren berkenaan cuba membunyikan hon dan memberhentikan perjalanannya namun tidak sempat berbuat sedemikian.
Menurut laporan, SUV tersebut telah ditolak ke arah landasan kereta api oleh sebuah trap pikap yang datang dari arah belakang kenderaannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah
Pemandunya cuba mengundurkan kenderaan untuk mengelakkan perlanggaran, namun dalam keadaan panik, dia akhirnya memutuskan untuk keluar dari kenderaan demi menyelamatkan nyawanya.
Tindakan pantas yang dilakukan itu menyebabkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan yang dianggarkan melebihi RM470,000 (USD 100,000).
Pihak berkuasa tempatan mengingatkan para pemandu agar sentiasa berwaspada ketika melalui lintasan kereta api dan bertindak pantas sekiranya kenderaan mereka terperangkap. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram