Nelayan tergamam jumpa rangka manusia tepi pantai di Pekan, tiada kes Orang Hilang jadikan identiti si mati masih misteri


  • 112
  • Rabu, 12 Feb 2025

Penemuan satu rangka manusia yang berada di tepi pantai Kuala Sungai Badong Merchong, Nenasi di Pekan pada Isnin. — Polis

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan satu rangka manusia yang berada di tepi pantai Kuala Sungai Badong Merchong, Nenasi, Pekan, Pahang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, rangka terbabit ditemui nelayan kira-kira pukul 7 malam sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah

Mohd Zaidi berkata, semakan dilakukan dengan ketua kampung dan penduduk kawasan Badong, Merchong dan Nenasi mendapati tiada kes Orang Hilang (OH).

"Justeru, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Othman Mohammad di talian 012-9886155 untuk proses padanan DNA," katanya dalam kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram