[VIDEO] Bulan puasa nak dekat pun tak insaf lagi, perompak pakai 'grinder' pecahkan tabung surau di Ipoh


  • Tular
  • Rabu, 12 Feb 2025

Tangkap layar rakaman seorang lelaki bertindak mencuri tabung surau yang terletak di Taman Tasek Damai, Ipoh baru-baru ini.

MESKIPUN bulan Ramadan semakin menghampiri dengan berbaki kira-kira dua minggu lagi, seorang lelaki seolah-olah masih belum insaf selepas licik bertindak mencuri tabung surau yang terletak di Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak.

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lepas itu mula menjadi perhatian warga maya selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di laman X pada Rabu.

Menggunakan pelitup muka untuk elak dikenali, suspek membawa bersama peralatan khas seperti mesin grinder untuk memecahkan tabung surau tersebut.

BACA LAGI: Nelayan tergamam jumpa rangka manusia tepi pantai di Pekan, tiada kes Orang Hilang jadikan identiti si mati masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

Selepas beberapa saat cuba memecahkan tabung itu dengan menggunakan peralatan yang dibawa, dia akhirnya mampu membuka tabung pertama yang berada di bahagian tengah surau.

Lelaki tersebut kemudiannya bertindak keluar sebentar dari surau untuk mengambil sebuah beg yang diletakkan berhampiran pintu masuk premis berkenaan.

Turut dilihat, rakaman menunjukkan lelaki terbabit memasukkan wang yang berada dalam tabung itu ke dalam beg miliknya.

Tidak berpuas hati dengan hasil yang diperoleh, lelaki tersebut kemudian menuju ke penjuru surau iaitu tempat beradanya tabung kedua dan cuba menggoncang tabung berkenaan.

Selepas melihat tabung kedua seolah-olah tidak memiliki isi yang banyak, lelaki itu terus beredar dari tempat berkenaan tanpa sebarang rasa bersalah.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu, selain jumlah kecurian juga belum dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram