Suami isteri maut motosikal rempuh kereta hilang kawalan masuk laluan kontra di Jempol


  • 112
  • Rabu, 12 Feb 2025

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 17 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Jempol pada pukul 2.30 petang Rabu.

SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Jempol, Negeri Sembilan sekitar pukul 2.30 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, motosikal itu ditunggang lelaki berusia 28 tahun, manakala isterinya berusia 40 tahun.

Chang Hook berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah Simpang Pertang menuju Kuala Pilah hilang kawalan ketika melalui selekoh di lokasi kejadian.

BACA LAGI: Nelayan tergamam jumpa rangka manusia tepi pantai di Pekan, tiada kes Orang Hilang jadikan identiti si mati masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

"Kereta dipandu lelaki itu berpusing secara melintang dan memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama, datang pula motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Chang Hook berkata, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta.

Tambahnya lagi, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram