Burung 'firehawks' rupanya boleh cetus kebakaran hutan


  • Massa
  • Isnin, 10 Feb 2025

Kebakaran hutan terbuka boleh berpunca daripada tindakan burun firehawks yang menyebarkan bara kayu untuk menangkap mangsanya. — Gambar hiasan

SESUNGGUHNYA, terdapat beribu spesies burung yang wujud di muka bumi ini dan masing-masing mempunyai kecerdasan atau kebolehan kognitif yang luar biasa.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah penyelidik mendapati bahawa terdapat spesies burung tertentu yang dikenali sebagai 'firehawks' sememangnya boleh menyebabkan kebakaran hutan.

Spesies burung tersebut adalah dalam kalangan helang untuk memburu dan memerangkap mangsanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Masih berulang, ramai tak ambil iktibar tragedi penyelia Taiwan maut dihempap kren 2 tahun lepas

BACA LAGI: [VIDEO] Suami maut, isteri parah motor dirempuh lori ketika keluar simpang di Batu Pahat

Firehawk

Burung tersebut akan membawa kayu yang terbakar ke kawasan baharu untuk memburu mangsanya. — Gambar hiasan/Agensi

Menurut beberapa kajian, beberapa burung firehawks Australia sengaja membawa bara kayu ke kawasan tidak terbakar untuk menyalakan api di kawasan baharu.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Sains Bumi di Penn State Altoona, Mark Bonta mencadangkan bahawa tindakan itu adalah strategi untuk menyerang mangsanya.

Setakat ini, terdapat tiga spesies helang dilaporkan mampu mengangkut kayu sama ada menggunakan kuku atau paruh mereka.

Ia adalah helang layang-layang hitam (milvus migrans), helang bersiul (haliastur sphenurus), dan falcon coklat (falco berigora) untuk menyebarkan kebakaran hutan.

Apabila haiwan seperti ular, cicak dan katak melarikan diri dari api, pemangsa (firehawks) merebut peluang untuk menangkap mereka.

Spesies burung itu juga sebenarnya mengeksploitasi kebakaran hutan yang berlaku di Australia ketika musim kemarau. — The Star/GISELE SOO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram