[VIDEO] Wanita terselamat kali ke-2, pembunuh upahan menyamar pekerja binaan jadi buruan di Kanada


  • Benua
  • Ahad, 02 Feb 2025

Suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

SEBUAH tempat yang terletak di Lee Avenue, Kanada menyaksikan seorang pembunuh upahan cuba untuk memburu mangsa sebanyak dua kali dalam masa setahun tetapi berakhir dengan kegagalan.

Memetik laporan di Kanada, pembunuh upahan yang menyamar sebagai pekerja pembinaan itu cuba menembak mati seorang wanita ketika datang ke sebuah rumah pada Selasa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa yang baru pulang dari rumah pergi ke arah suspek untuk bercakap dengannya sebelum melepaskan tembakan ketika wanita itu sedang memasuki rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas NVIDIA, giliran Elon Musk dimalukan robot penari China

Pembunuh upahan itu kelihatan mengalami masalah untuk menggunakan senjata apinya. Walaupun berjaya melepaskan tembakan, dia tidak berjaya membunuh wanita itu dan terpaksa melarikan diri.

Mujur buat wanita itu, dia hanya mengalami kecederaan tidak serius kerana kegagalan pembunuh upahan itu melakukan kerjanya dengan cekap.

Menurut pihak polis, pembunuh upahan itu mempunyai niat untuk memastikan wanita tersebut mati di tempat kejadian. Namun dia bukanlah pembunuh upahan profesional.

"Dia memang menjadi sasaran, suspek memang seorang pembunuh upahan tetapi tidak profesional sebab tidak begitu mahir menggunakan senjata.

Kejadian yang berlaku pada 5.30 petang waktu tempatan itu bukanlah yang pertama berlaku di lokasi serupa. Sebelum ini, rumah tersebut pernah menjadi sasaran pembunuh upahan pada Ogos 2024.

Semasa kejadian tersebut, insiden yang berlaku pada 10.30 malam pada 8 Jun menyaksikan seorang lelaki ditembak oleh pembunuh upahan yang kemudiannya melarikan diri menaiki kereta sedan berwarna putih.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan berjaya untuk pulih. Insiden yang diklasifikasikan sebagai "jenayah terancang" itu bagaimana pun masih belum berjaya diseleikan oleh pihak polis.

Sehingga kini, misteri mengapa rumah tersebut sering menjadi sasaran pembunuh upahan tidak dapat dipastikan. Namun begitu, kejadian serupa yang terjadi sebanyak dua kali dalam masa setahun jelas menimbulkan kerisauan dari segi keselamatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram