SPRITZER Ecopark di Taiping, Perak kini telah diubah menjadi destinasi menakjubkan dengan gabungan elemen budaya dan reka bentuk moden bersempena musim perayaan.
Ecopark berkenaan membuka pintu bagi orang ramai untuk merasai kemeriahan perayaan dengan menawarkan kemasukan percuma sehingga 16 Februari.
"Setiap tahun, Spritzer berusaha membawa pengalaman baru yang mengujakan.
"Kami berharap dengan tema dan idea baharu setiap tahun, kami dapat mencipta kenangan yang berbeza buat keluarga dan rakan-rakan.
"Tahun ini, kami amat teruja untuk menggabungkan unsur tradisional, moden dan keseronokan untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
"Matlamat kami adalah untuk menyediakan ruang yang membolehkan keluarga berkumpul, berehat dan mencipta kenangan manis bersama,” kata Spritzer dalam satu kenyataan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
Spritzer Ecopark juga menawarkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung dari pelbagai peringkat usia.
Pengunjung boleh mencabar diri dalam permainan mini golf 18 lubang, menikmati keindahan taman dengan menaiki paddle kart atau mengasah kreativiti mereka dalam aktiviti DIY yang bersesuaian.
Selepas selesai beraktiviti, pengunjung boleh bersantai di STG kafe dengan menikmati hidangan atau minuman dalam suasana yang tenang.
"Selain itu, pengunjung juga boleh singgah di kedai air Spritzer untuk membeli produk kegemaran mereka bagi persiapan perayaan atau menikmati snek ringan di stesen snek yang disediakan.
"Bagi mereka yang ingin membawa pulang kenangan, kedai cenderamata menawarkan pelbagai barangan eksklusif sebagai tanda kenangan,” tambah Spritzer.
Ecopark itu dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga pukul 9.30 malam dan terletak di Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, Taiping. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram