SEORANG wanita cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah pusat komersial Chongqing, China pada Isnin.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, mangsa pada awalnya dipercayai membaling mercun ke dalam sebuah lubang pembetung di lokasi kejadian.
Tindakan itu juga menyebabkan berlakunya letupan besar beberapa saat selepas mercun tersebut dibaling.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis tahan 6 suspek tetak 2 lelaki, ceroboh rumah tak berkunci di Subang Jaya
BACA LAGI: Lepas bebas pertuduhan dadah, Along Cham sahkan cerai taklik isteri
Letupan tersebut turut menyebabkan mangsa tercampak tinggi sebelum terjatuh di atas lantai simen.
Dalam kejadian sama, mangsa juga dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri.
Berdasarkan informasi dikongsikan warga maya, mangsa kini dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan lagi.
Video tersebut juga memaparkan detik-detik letupan yang hampir meragut nyawa beberapa pejalan kaki di kawasan itu.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram