TOK guru Hasbi yang juga imam di Kampung Geudong-Geudong, meninggal dunia secara mengejut pada Ahad ketika sedang melantunkan ayat suci al-Quran dalam majlis memperingati peristiwa Israk Mikraj di Masjid Al-Mujahidin, Kota Juang, Aceh, Indonesia.
Peristiwa tersebut cepat menjadi tular selepas dikongsi di media sosial seperti TikTok dan kumpulan komuniti di aplikasi WhatsApp. Rata-rata menyifatkan ia adalah kematian yang dicemburui susulan berlaku ketika sedang membaca al-Quran.
Ketua kampung Geudong-Geudong, Fachrial menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku semasa Allahyarham membaca al-Quran di hadapan para jemaah pada acara pembukaan majlis memperingati Israk Mikraj di Masjid Al-Mujahidin.
BACA LAGI: Elak kufur kepada suami jika tidak mahu jadi penghuni neraka
BACA LAGI: [VIDEO] Perbuatan meletakkan ayat al-Quran ke dalam air bukan bidaah, kata ulama Indonesia
“Selepas dia terjatuh, para jemaah segera membawanya ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Dr Fauziah Bireuen.
"Namun, takdir tertulis lain. ALLAH SWT memanggil hamba-Nya pada malam Israk Mikraj dalam keadaan sedang membaca al-Quran. Semoga beliau ditempatkan di syurga-Nya,” katanya dengan suara penuh kesedihan.
Fachrial turut menceritakan bahawa selain sebagai imam kampung berkenaan, Allahyarham juga memegang jawatan sebagai pengetua Sekolah Dasar Negeri (SDN) (sekolah rendah) 16 Bireuen.
Minggu Malam
(26/1/2025)
Teungku Hasbi,
Meninggal Saat Mengaji
Pada
Peringatan Isra Miraj 2025
Di Masjid Geudong-Geudong,
Kec. Kota Juang,
Kab. Bireuen, Aceh
... pic.twitter.com/bE2lH2DcpY
— Agus Susanto IV (@cobeh2022) January 27, 2025
Dia dikenali sebagai individu yang disiplin, sopan dan sangat ramah dengan penduduk setempat. Masyarakat di Kampung Geudong-Geudong berasa sangat kehilangan atas pemergian seorang imam yang telah banyak berjasa itu.
“Allahyarham sangat baik orangnya. Saya sebagai Geuchik dan seluruh warga di sini amat merasa kehilangan atas pemergian tok guru kami. Seakan-akan beliau masih ada kerana pemergiannya secara tiba-tiba,” ujar Fachrial.
Peristiwa ini telah menyentuh hati banyak orang, terutamanya dalam kalangan penduduk Kampung Geudong-Geudong, yang mengenali Allahyarham sebagai susuk yang penuh dedikasi dan kebaikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram