SATU pertunjukan cahaya berbentuk naga menjadi tular kerana ketepatan dan skala yang mengagumkan ketika ia 'terbang' di sekitar Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
Naga merah mempesonakan itu, yang dihasilkan oleh syarikat pertunjukan cahaya dron tempatan berjaya memukau penonton ketika ia mengelilingi menara tersebut bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pertunjukan yang menarik perhatian ramai itu telah mencetuskan perbincangan hangat di laman Instagram sehingga sesetengah pihak mempersoalkan kesahihannya, manakala yang lain pula meluahkan keterujaan mereka menyaksikan keindahan acara tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi Burari, 2 termasuk budak maut, ramai terperangkap bangunan 4 tingkat runtuh di Delhi
Antaranya, seorang pengguna media sosial, Adiba Shareen yang menyifatkan detik bermakna itu sungguh mengagumkan.
"Jika itu betul-betul nyata, ia sangat luar biasa. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya! Keindahan menjadi rakyat Malaysia adalah memiliki rakan-rakan yang pelbagai latar belakang, budaya dan agama," katanya.
Sementara itu, Niffira secara berseloroh bertanya, 'siapa yang panggil Shen Long?' iaitu merujuk kepada naga dalam siri manga Dragon Ball.
Seorang lagi pengguna media sosial, Vivianwee beranggapan pertunjukan itu sebagai suatu petanda baik.
"Inilah yang kita panggil 1Malaysia," tambahnya.
Dilaporkan, itu adalah pertunjukan dron terbesar yang pernah diadakan di Malaysia dengan melibatkan lebih daripada 1,200 dron.
Acara yang berlangsung pada Sabtu itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Antara tetamu kehormat yang turut menyaksikan pertunjukan tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa tetamu ternama lain seperti yang dipaparkan di laman Instagram rasmi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram