Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok


  • Podium
  • Selasa, 28 Jan 2025

Remaja ditemukan lemas, manakala adiknya masih hilang selepas jatuh sungai dekat Kampung Kubang Telaga. — Agensi 

SEORANG remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, Kelantan pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata, Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.25 malam.

Bagaimanapun, katanya, adiknya, Muhammad Asadullah Zehan, 13, masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan oleh pasukan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 9 tahun disyaki lemas ketika ambil selipar jatuh longkang di Kota Tinggi

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada pukul 6.36 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Asadullah terjatuh ke dalam tali air. Abangnya serta merta bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi lemas dalam tragedi tersebut,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram