[VIDEO] Hampir 10,000 tentera kena kerah jaga sempadan AS-Mexico kekang kemasukan imigran


  • Benua
  • Ahad, 26 Jan 2025

Barisan tentera Amerika Syarikat dihantar ke sempadan dengan Mexico untuk mengekang kemasukan warga asing.

AMERIKA Syarikat (AS) bertindak proaktif dalam usaha mengawal sempadan mereka dengan negara jiran, Mexico apabila mereka mula menempatkan bala tenteranya di kawasan tersebut.

Sejak presiden baharu, Donald Trump kembali menguasai pemerintahan, AS bertindak pantas dalam usaha untuk mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara itu.

Laporan di AS menyebut, negara tersebut menempatkan seramai 500 askar marin ke kawasan sempadan bagi membantu barisan tentera sedia ada.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ada sesuatu', Trump tak tolak kemungkinan California diserang bom

BACA LAGI: [VIDEO] Trump arah buka dokumen pembunuhan JFK, pemandu limosin disebut suspek utama

Dalam sebuah rakaman, White House menyiarkan yang barisan tentera marin AS dihantar ke kawasan sempadan menaiki kapal terbang jenis V-22 Osprey untuk ke sana.

Sebelum itu, AS turut menghantar angkatan tentera seramai 1,000 anggota ke kawasan sempadan yang terletak di selatan negara itu untuk tujuan serupa.

Menurut rekod, jumlah tentera yang dihantar untuk mengawal sempadan adalah seramai 2,200 orang dalam usaha yang dilakukan dengan kerjasama Komando Utara AS yang berpangkalan di El Paso, Texas.

Usaha tersebut adalah untuk membantu Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS dalam urusan logistik seperti mengisi pangkalan data, mengesan dan memantau dan menyelenggara peralatan.

Menurut Jabatan Ketenteraan Texas, seramai 4,500 anggota keselamatan sedang terlibat dalam misi mengawal sempadan antara dua negara.

Sumber memberitahu yang jumlah tentera yang dikerahkan ke sempadan boleh mencecah 10,000 anggota tetapi angka itu belum dapat dipastikan kesahihannya.

Sempadan tersebut akan menyaksikan lebih ramai anggota ketenteraan AS ditempatkan dalam beberapa minggu dan bulan mendatang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram