SUSULAN tragedi kebakaran melanda California, Amerika Syarikat baru-baru ini, presiden Donald Trump mendakwa ia berkemungkinan besar berpunca daripada serangan bom.
Mengadakan lawatan di sekitar kawasan terjejas pada Jumaat, Trump berpendapat kebakaran tersebut sengaja dicetuskan entiti tidak bertanggungjawab atas faktor tertentu.
"Nampaknya ada sesuatu, saya tak nak cakap macam mana, awak tahu apa yang saya maksudkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Kereta bertembung SUV, 2 maut termasuk 5 cedera di Tangkak
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal di tiang telekomunikasi, juruteknik maut tersentuh kabel berkuasa tinggi di Jawa Timur
"Ada sesuatu yang berlaku, situasi ini sangat buruk dan kita akan berbincang mengenainya," ujarnya.
Donald Trump declared that California looks like it was hit by a bomb after taking an aerial tour to witness the devastation firsthand.
Earlier in the day, he remarked, “Looks like something hit it.”
“We don’t want to say what it looks like. We won’t talk about what hit it.” pic.twitter.com/LSllAEgmzH
— Shadow of Ezra (@ShadowofEzra) January 25, 2025
Kenyataan itu kemudiannya tular di laman sosial dan rata-rata warga maya mula mengkaitkan ia dengan teori konspirasi yang sengaja mahu menjatuhkan penguasaan global AS.
Segelintir pihak mendakwa, sejenis senjata jarak jauh laser DEW telah digunakan untuk mencetuskan kebakaran tersebut.
Berperanan seperti peluru laser melalui gelombang mikro, ramai menggesa agar kerajaan AS menjalankan siasatan berkaitan hal tersebut.
Terbaharu, satu kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di utara Los Angeles pada Rabu, memaksa puluhan ribu pendudul untuk meninggalkan rumah masing-masing.
Arahan pemindahan turut dikeluarkan kepada 31,000 orang di sekitar tasik, yang terletak kira-kira 56 kilometer di utara Los Angeles dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita, AS. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram