Pep Guardiola mahu rakan sepasukan ex import Selangor FC turun bertemu Chelsea


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Khusanov (kiri) dan Vitor (kanan) adalah dua daripada tiga pemain yang telah ditandatangani oleh Man City minggu ini. — Agensi

PEP Guardiola telah mengesahkan bahawa tiga pemain yang ditandatangani pada jendela perpindahan Januari akan terus dimasukkan ke dalam skuad Manchester City untuk perlawanan menentang Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad (26 Januari).

Omar Marmoush, Abdukodir Khusanov, dan Vitor Reis telah tiba di Stadium Etihad selepas City membelanjakan lebih daripada €142 juta (RM652.9 juta) dalam masa seminggu semasa jendela perpindahan Januari.

Guardiola berkata, ketiga-tiga pemain itu akan dimasukkan ke dalam skuad untuk perlawanan menentang Chelsea di Stadium Etihad, selepas City masih berdepan dengan beberapa kecederaan pemain utama.

BACA LAGI: Segak berbaju Melayu, bersongkok hitam, Rizal Ghazali tamatkan zaman bujang?

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya berdarah Sepanyol', Ivan Alejo nafi sertai revolusi pemain warisan Harimau Malaya

"Ya, mereka akan berada dalam skuad.

"Kami kekurangan pemain. Kami tidak banyak berlatih kerana kami baru kembali dari Paris. Mereka semua belum berkumpul.

"Omar (berlatih) pada Khamis. Yang lain sedikit (latihan), tetapi tidak semua bersama-sama.

"Vitor masih muda, personaliti yang hebat. Khusanov sudah menyesuaikan diri dan bermain dalam liga Perancis, dia berdepan pemain pantas. Omar, daripada sesi latihan pertama, saya rasa dia akan cepat menyesuaikan diri," kata Guardiola.

Marmoush yang juga rakan kepada ex import Selangor FC adalah antara pemain baharu yang menyertai City daripada Eintracht Frankfurt dalam satu perjanjian yang boleh meningkat sehingga €75 juta (RM344 juta).

Pemain berusia 26 tahun itu menikmati permulaan cemerlang di Jerman dengan 15 gol dalam 17 perlawanan Bundesliga.

"Sebab utama (City menandatangani Marmoush) adalah potensinya.

"Musim lalu kami tidak banyak melakukan (perpindahan) kerana kualiti pasukan yang luar biasa. Kami menjangkakan dua atau tiga lagi perpindahan untuk musim panas.

"Kelab berasakan dia adalah pelaburan untuk masa depan selama bertahun-tahun. Dia mempunyai kualiti di bahagian serangan terakhir," jelasnya.

City akan bermain tanpa Ruben Dias menentang Chelsea meskipun telah kembali daripada kecederaan dalam kemenangan 6-0 ke atas Ipswich tetapi terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua semasa kekalahan 2-4 kepada Paris Saint-Germain pada Rabu lalu.

Jeremy Doku juga tidak akan turut serta.

Tahukah anda bahawa penghijrahan Khusanov ke City meninggalkan kesan besar terhadap dunia bola sepak Malaysia kerana pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi di samping bekas pertahanan tengah Selangor FC, Umarbek Eshmurodov.

Berdasarkan statistik dikeluarkan di laman sesawang transfermarkt, kedua-dua mereka pernah bersama-sama di atas padang sebanyak 11 kali ketika beraksi buat skuad kebangsaan Uzbekistan.

Ini termasuk tiga penampilan bersama-sama dalam saingan Piala Asia tahun lalu dengan khidmat dua bek tengah terbabit menjadi nadi di sebalik kebangkitan skuad bimbingan Srecko Katanec beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih menarik lagi, sepanjang Umarbek dan Khusanov bersama-sama di atas padang, negara di tangga ke-58 dunia itu tidak pernah mengalami kekalahan, sekali gus membuktikan persefahaman baik antara satu sama lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram