BEK kanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Rizal Ghazali selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, Syamimi Yusuf pada Sabtu (25 Januari).
Perkara itu dikongsikan oleh Rizal menerusi laman Instagram miliknya yang segak mengenakan busana Melayu berwarna putih.
Manisnya pada majlis tersebut, rakan sepasukan Rizal di KDA FC dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar turut hadir untuk memeriahkan suasana.
BACA LAGI: Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo
BACA LAGI: 'Berat nak menang', aksi belum mula tapi fans Sang Kenari dapat 'hidu' keputusan akhir
Baddrol turut meraikan majlis Sanusi yang kini turut menyambut kehadiran menantu baharu dalam keluarga.
Kehadiran Baddrol bukan hanya memberi sokongan kepada Rizal, tetapi dilihat juga meraikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menyambut kehadiran menantu baharu dalam keluarga.
Keakraban antara Baddrol dan Rizal bukan merupakan suatu rahsia dalam kalangan penyokong bola sepak negara.
Ini kerana persahabatan kedua-dua anak jati Kedah itu dilihat sudah mula terjalin sejak kedua-duanya beraksi sebagai pemain utama skuad Sang Kenari selama beberapa musim.
Hubungan Baddrol, 37, bersama Rizal, 32, juga dikatakan semakin rapat apabila kedua-duanya menyertai Sabah FC pada akhir 2021.
Keakraban antara kedua-dua pemain itu turut dikongsikan di sosial media dan menjadi perhatian penyokong The Rhinos yang menyifatkan kedua-duanya seakan-akan mempunyai pertalian seperti abang dan adik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram