KEMATIAN seorang pelajar tahfiz dalam kebakaran di sebuah madrasah di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Rabu lalu menyayat hati ramai.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa ditemui rentung dalam keadaan sedang memeluk senaskah al-Quran di madrasah tersebut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, Inspektor Andi Reza Pahlawan berkata, mangsa ketika berada di dalam masjid untuk menunaikan solat Zuhur.
BACA LAGI: Taska terkait kes kematian bayi 4 bulan di Saujana Putra tiada lesen, diarah tutup
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tercengang motor kena curi depan mata lepas keluar kedai runcit di Kota Bharu
"Apabila dia mendapat khabar tentang kebakaran itu, mangsa terus bergegas ke dalam biliknya untuk menyelamatkan barang peribadinya.
"Mangsa berniat untuk mengambil pakaiannya dan al-Quran, namun terperangkap dalam api yang marak," katanya.
Katanya, asap tebal juga menyebabkan Muhammad Zahwa gagal keluar dari pintu utama.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran miliknya di dalam bilik selepas api dapat dipadamkan.
"Kebakaran itu berpunca disebabkan litar pintas elektrik dari kipas," tambahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram