RESIPI 'pisang maut' ciptaan seorang petani lelaki mengundang kecaman hebat apabila ia dianggap sebagai perosak habitat haiwan.
Menggunakan ia sebagai salah satu alternatif untuk membunuh hidupan liar, ia bertujuan mengelak daripada tanamannya dimusnahkan haiwan seperti kera, gajah, babi hutan dan lain lain.
Jelasnya, kaedah itu mampu menyelesaikan masalah petani yang kerap mengalami kerugian mencecah ratusan ribu akibat kemusnahan hasil tanaman di kebun.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', penduduk trauma lihat tanah runtuh hempap bumbung rumah sendiri di Kuala Krai
Racun itu yang dipercayai diimport dari Thailand, dicampurkan dengan roti dan pisang sebagai umpan untuk membunuh haiwan berkenaan.
Dikongsikan di laman TikTok, video tersebut dihujani kecaman dan tohmahan pencinta haiwan yang menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap individu terbabit.
@artd490 Dia terajang luruh abis buah
♬ original sound - RKG RINTIS RACON
"Mana boleh bunuh sembarangan, kesian kera tak bersalah dibunuh, mesti ada cara lain boleh dibuat selain daripada membunuh," kata Samsuri.
"Bro jangan bunuh kera nanti dosa makan diri sendiri, ada je banyak cara lain tanpa membunuh, lapor polis la orang ni," tambah Mohamad.
"Saya kena kera pokok selalu patah tapi saya redha, tak sanggup bunuh makhluk, dia masuk kawasan mereka rela kongsi rezeki, tak apa," kata langkawiseripagi.
"Bahaya ni kalau bunuh haiwan sembarangan boleh polis ambil tindakan, patut kaedah macam ni kena periksa dulu dibenarkan atau tidak," tambah Hamidi Han.
Pun begitu, individu berkenaan tampil membalas kecaman ramai di ruangan komen dengan penjelasan hukum berkaitan fatwa Islam.
"Dalam fatwa pun ada nyatakan harus hapuskan haiwan jika mereka datangkan kemudaratan," ujarnya.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia berhubung isu tersebut setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram