[VIDEO] Percutian musim panas bertukar musibah, 3 termasuk dua pelancong maut nahas pesawat ringan terjunam di Pulau Rottnest


  • Benua
  • Rabu, 08 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan pesawat terbabit terjunam di dalam laut berhampiran Pulau Rottnest, Australia pada Selasa. — Agensi

SEBUAH pesawat ringan yang membawa tujuh pelancong Eropah terjunam dan terhempas berhampiran Pulau Rottnest di luar bandar Perth, Australia pada Selasa.

Kejadian yang meragut tiga nyawa iaitu dua pelancong dari Switzerland dan Denmark serta seorang juruterbang.

Perdana Menteri, Roger Cook pada masa sama mengesahkan ketiga-tiga mangsa maut manakala empat lagi terselamat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tinggal dalam bilik sampai tak bernafas', ibu pilu bawa pulang anak 4 bulan sudah tak bernyawa dari taska di Saujana Putra

BACA LAGI: Terbabas langgar lembu tengah malam, tukang masak maut tak sempat pulang rumah di Tampin

Tiga mangsa tersebut adalah wanita berusia 65 tahun (Switzerland), lelaki berusia 60 tahun (Denmark) dan juruterbang berusia 34 tahun.

"Tiga mangsa itu terkorban apabila pesawat laut tersebut terhempas beberapa saat selepas berlepas.

"Tragedi itu berlaku di hadapan ramai pelancong, termasuk keluarga dengan kanak-kanak yang berada di pulau ketika menikmati percutian musim panas," katanya.

Sementara itu, terdapat juga laporan mengatakan bahawa pesawat tersebut terlanggar batu di laut tersebut ketika berlepas.

"Laporan awal itu bagaimanapun belum dapat disahkan. Pada peringkat awal ini, punca nahas masih dalam siasatan," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram