[VIDEO] Penumpang biadab, tengking pramugari lepas dinasihat pakai tali pinggang keledar


  • Benua
  • Selasa, 07 Jan 2025

Tangkap layar kejadian wanita yang bertindak memarahi pramugari pesawat penerbangan Vietnam ke Malaysia itu.

SEORANG penumpang wanita dan anaknya dihalau keluar dari pesawat gara-gara enggan menggunakan tali pinggang keledar sebelum berlepas.

Walaupun sudah dinasihat untuk memasang tali pinggang keledar yang merupakan prosedur keselamatan, wanita itu bertindak memarahi pramugari pesawat penerbangan Vietnam ke Malaysia itu.

“Baru kali ini lihat orang nak take off pesawat tapi tidak mahu pakai tali pinggang? Selepas itu, pramugari pula yang dimarah lepas dipaksa pakai tali pinggang,” tulis kapsyen seorang pengguna TikTok, Fegiegie yang memuat naik video itu.

BACA LAGI: Elak dicekup polis, lelaki ditemukan lemas di Besut

BACA LAGI: Tukang masak maut, bayi 7 bulan kritikal terbabit nahas lepas hadir majlis tunang di Kluang

Menurut pemilik video berkenaan, ketika kejadian pesawat sedang bersedia untuk berlepas namun terpaksa berpatah semula bagi menurunkan wanita terbabit.

“Kita dah delay dua jam, lepas itu dia tantrum satu jam, total tiga jam. Selepas itu, kita transit di Kuala Lumpur (KL), selepas itu orang yang di KL jadi harus delay lagi,” tulisnya di bahagian komen.

Susulan keengganannya yang tidak mahu memakai tali pinggang keledar itu, wanita berkenaan bersama anaknya yang dikatakan berusia sekitar lima tahun diiringi keluar dari pesawat.

Menerusi video kedua dari pengguna TikTok tersebut, penumpang pesawat yang lain bersorak dan bertepuk tangan sebaik kedua-duanya diiringi keluar dari pesawat.

Dalam pada itu, Strategik Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro memberitahu bahawa insiden terbabit berlaku pada Ahad di dalam pesawat bernombor penerbangan OD-572 laluan Hanoi-Kuala Lumpur.

@fegiegie baru kali ini liat orang mau take off pesawat tapi gkmau pake seatbelt? terus marahin pramugari karena maksa pake seatbelt??????? #batikair #malindoair ♬ original sound - Fegie

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Danang mengesahkan bahawa mereka membenarkan penumpang Batik Air Malaysia dibawa keluar dari pesawat oleh kru kabin sebelum berlepas.

Danang menjelaskan video yang tular di media sosial, pada mulanya kru kabin melakukan tugas mereka melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas. Ini adalah mengikut protokol yang ditetapkan.

"Sebagai langkah menjaga keselamatan dan keselamatan penerbangan, setelah melalui proses perbincangan yang dijalankan mengikut prosedur, pelanggan dikategorikan dalam Ketidakpatuhan Arahan Krew Kabin pesawat sebelum penerbangan bermula," katanya.

Danang seterusnya mengingatkan bahawa setiap penumpang perlu mematuhi peraturan penerbangan dan arahan kru kabin.

Hal ini kerana, keselamatan adalah keutamaan. Kemudian untuk memastikan operasi penerbangan lancar serta mematuhi peraturan antarabangsa dan piawaian operasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram