SATU insiden mendebarkan dilaporkan berlaku di Brazil apabila sebuah jambatan yang menghubungkan dua wilayah di negara Amerika Selatan tersebut runtuh dan mengakibatkan kematian.
Lebih mengejutkan lagi, kes menggemparkan tersebut sempat dirakam ahli majlis yang secara kebetulan berada di kawasan tersebut untuk merekod kerosakan di kemudahan awam terbabit.
Jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira sering dilintasi orang ramai, termasuk pemandu lori yang membawa muatan berat untuk dihantar ke destinasi masing-masing.
BACA LAGI: [VIDEO] Murid sakan main lompat-lompat atas jambatan sampai roboh
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat larikan diri, lelaki maut dihempap kepingan konkrit jambatan tak siap
Ini kerana infrastruktur sepanjang 533 meter itu menyambungkan dua bandar, iaitu Estreito dan Aguiarnopolis selain melintasi Sungai Tocantnis yang membuktikan kepentingannya kepada penduduk sekitar.
Jadi, selepas digunakan selama kira-kira 60 tahun, jambatan itu akhirnya runtuh pada Isnin dengan beberapa pengguna sedang berada di atas jambatan ketika insiden itu terjadi.
Kenyataan pihak polis ketika ini melaporkan sebanyak dua kematian sudah direkodkan dengan lapan kenderaan masih hilang, iaitu empat buah trak, dua kereta dan dua buah motosikal.
Usaha mengeluarkan kesemua kenderaan tersebut serta mereka yang terkorban berdepan sedikit kesukaran kerana salah sebuah lori yang terjatuh membawa muatan berupa asid sulfurik.
Ketua Bomba Tempatan, Magnum Coelho berkata, pihaknya tidak boleh menghantar skuad penyelam disebabkan cecair berkenaan yang mengundang pencemaran di Sungai Tocantins sehingga boleh mengundang risiko kesihatan.
Setakat ini, hanya dua individu disahkan maut oleh pihak berkuasa sementara 16 lagi dilaporkan masih hilang dengan siasatan sudah dilancarkan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram