DUA lelaki tempatan sudah dicekup pihak polis susulan pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan peminat bola sepak di Stesten LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Ketua Polis KL, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua penahanan itu dibuat pada Selasa di kawasan sekitar ibu negara dan Ampang.
"Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 24 tahun sudah ditahan di kediaman masing-masing. Mereka sudah dikenakan perintah reman sehingga 25 Disember untuk siasatan lanjut berdasarkan Akta 147/427 Kanun Keseksaan," katanya.
BACA LAGI: Lepas gaduh dengan ibu, gadis Selama lesap tak balik rumah
Prasarana yang merupakan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam itu sebelum ini membuat laporan berhubung insiden tersebut di Balai Polis Sungai Besi.
Sebelum ini, Prasarana berkata, kekecohan itu menyebabkan kerosakan, termasuk di pintu dan tingkap tren selain beberapa kemudahan lain di stesen tersebut.
Sabtu lalu, satu video tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua penyokong bola sepak difahamkan antara peminat Harimau Malaya dan Singapura.
Ini kerana pada hari kejadian, kedua-dua pasukan bertemu untuk aksi penutup Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan direkodkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram