[VIDEO] Tak sempat larikan diri, lelaki maut dihempap ​​kepingan konkrit jambatan tak siap


  • Benua
  • Selasa, 31 Okt 2023

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki dihempap sekeping dinding konkrit sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan baru-baru ini.

SEORANG lelaki dilaporkan maut setelah dihempap sekeping dinding konkrit sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di bandar Palanpur, Banaskantha Gujarat, India.

Berdasarkan video yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), semasa kejadian, mangsa dilihat cuba berlari dari kawasan terbabit selepas mendapati sebahagian daripada jambatan itu hampir runtuh.

Bagaimanapun, percubaan lelaki malang itu untuk lari ke tempat lebih selamat gagal apabila dia dihempap dinding konkrit yang besar tersebut.

Difahamkan, terdapat dua lagi mangsa yang masih berada di bawah serpihan konkrit itu.

Ia susulan ada saksi yang melihat konkrit berkenaan turut menimpa sebuah traktor dan beca ketika kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram