[VIDEO] Temui ajal ketika tertidur dalam subway, wanita di New York maut dibakar lelaki tak dikenali


  • Benua
  • Isnin, 23 Dis 2024

Tangkap layar rakaman menunjukkan suspek (gambar kecil) duduk di bangku sambil menyaksikan mangsa sedang terbakar. — Agensi

WARGA bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan satu insiden tragis apabila seorang wanita maut selepas dibakar seorang individu tidak dikenali ketika sedang tidur di dalam gerabak tren bawah tanah dalam kejadian pada pagi Ahad.

Lebih mengejutkan, penyerang tersebut yang juga seorang lelaki sempat duduk di bangku platform terbabit dan menyaksikan mangsa bertarung nyawa terbakar.

Pada masa sama, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian juga tidak menyedari bahawa suspek berada di tempat kejadian ketika usaha menyelamat dilakukan.

BACA LAGI: Tiada laporan polis dibuat, kucing mati di UM dipercayai diserang haiwan liar — Polis Brickfields

BACA LAGI: Polis tembak mati 2 perompak lepas kejar suspek sejauh 4km di Tanjong Malim

Jabatan Polis New York berkata, mangsa yang masih belum dikenal pasti sedang tertidur di dalam Tren F di stesen kereta api bawah tanah Coney Island-Stillwell Avenue di Brooklyn ketika dia dihampiri penyerang yang bertindak membakar pakaiannya dengan menggunakan pemetik api.

Menurut polis, mangsa dan penyerang langsung tidak berinteraksi sebelum serangan itu dengan kedua-duanya difahamkan tidak mengenali antara satu sama lain.

Selepas bertindak membakar pakaian wanita terbabit, lelaki itu turun dari tren ketika anggota polis membuat rondaan di lokasi kejadian.

6289564114606997734

Suspek penyerang dalam kes ngeri tersebut yang berlaku pada Ahad. — Agensi

"Apa yang mereka lihat apabila tiba di tempat kejadian ialah seseorang individu sedang berdiri dalam keadaan terbakar sepenuhnya di dalam kereta api," kata Pesuruhjaya Polis New York, Jessica Tisch pada sidang akhbar.

Klip diambil orang awam di media sosial turut merakan detik-detik ngeri itu yang menyaksikan seorang lelaki iaitu suspek sedang duduk di atas bangku platform berkenaan tidak jauh daripada mangsa yang sedang terbakar.

Penyerang terbabit memakai hoodie kelabu yang menyerupai pakaian dipakai oleh suspek ketika dia ditahan kemudiannya pada Ahad.

Ditanya sama ada lelaki yang memerhati dari bangku itu adalah penyerang, polis berkata, anggota di lokasi kejadian tidak mempunyai sebab untuk menganggap individu berkenaan adalah suspek apabila mereka bergegas membantu wanita malang terbabit.

Suspek yang belum didedahkan identitinya ditahan ketika dia sedang menaiki sebuah tren bawah tanah di bandar tersebut pada Ahad.

Bagaimanapun, dalam laporan berasingan, suspek dikenal pasti sebagai Sebastian Zapeta, iaitu seorang migran dari Guatemala berusia 33 tahun dengan dia dipercayai memasuki AS pada 2018.

Dalam pada itu, anggota polis dilapor menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran dengan wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota kecemasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram